RSS

Rejab muncul kembali

Alhamdulillah. Kini aku kembali semula di arena pedang agama. Rejab akan muncul semula esok. Kemunculan Rejab seolah-olah memanggil semula aku untuk berkongsi sedikit ilmununtuk renungan kita bersama.

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra’ Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah  telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah  telah diisra’kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin) menunggang Buraq.

Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda  melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut:

“Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan.”

 
Leave a comment

Posted by on 12/02/2021 in Utama

 

Aku graduan

7-PelawakAlhamdulillah, kini aku bergelar graduan. Dalam usia 49 tahun, aku baru mendapat gelaran ini. Tidak sia-sia usahaku selama ini walaupun menghadapi pelbagai ritangan dan halangan.

Aku bermula dengan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) pada tahun 1985 hingga 1987 dalam pengkhususan Pendidikan Sekolah Rendah/Pengajian Melayu. Setelah itu aku ditempatkan mengajar di SRK Betanak, Daro, Sarawak sehingga November, 1992. Disember 1992 aku ditempatkan di SK Kampung Seri Ma’amor, Tangkak, Johor.

Niatku untuk melanjutkan pelajar terdetik semula dan mengambil jurusan Bimbingan dan Kaunseling, di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor (kini Institut Perguruan Temenggung Ibrahim) pada 1994 selama 14 minggu. Peluangku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, kini terbuka luas. Aku cuba memohon melanjutkan pelajaran dalam bidang sama di Universiti Pertanian Malaysia (kini Unitversiti Putra Malaysia), namun permohonan aku gagal.

BM1Setelah bertahun menemui kegagalan dalam permohonanku, akhirnya pada tahun 2008, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam pengkhususan Pendidikan Kesusteraan dan Sians Politik secara Pendidikan Jarak Jauh. Namun hajat untuk kekal terus belajar terbantut apabila di tahun kedua aku terpaksa berhenti apabila anak-anakku hendak melanjutkan pelajaran ke IPT. Masalah kewangan menjadi penghalang. Keutamaan untuk anak-anakku.

Namun begitu, Allah maha pemurah. Rezeki aku untuk belajar masih ada. Program Pensiswazah Guru dibuka dengnan tajaan biasiswa oleh kerajaan. Aku mohon. Berjaya dan diterima belajar pada 6 Jun, 2011 di Instutut Pendidikan Guru Kampus Perampuan Melayu Melaka dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

7 pelawakAkhirnya pada 9 Disember, 2015 saat-saat yang aku nantikan tiba. Konvokesyen graduan IPG Malaysai diadakan di MAEPS, Serdang. Dengan rasa bangganya aku melangkah ke pentas dan mengambil ijazahku. Titisan airmataku tidak dapat aku tampung lagi apabila teringatkan almarhum ayahandaku yang mahukan aku bergelar geraduan. Kalaulah dia ada melihat, pastinya dia akan rasa bangga kerana anaknya ini yang dulunya amat nakal, telah berjaya mencapai ke tahap ini.

Aku hanya mampu berdoa dan memohon dengan Allah, “Ya Allah ya tuhanku, Kau sampaikan salamku ini kepada ayahandaku, salam kejayaanku ini agar dia berbangga dan suka melihat kejayaan anaknya ini. Amin yarabbal ‘alamin.”

keluargakuKepada keluargaku semua, khususnya ibuku, Hjh Zainah Sulaiman, isteriku Rokiah Mas, anak-anakku, dan adik-beradikku, diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan doa kalian hingga aku mencapai kejayaan ini.

 
Leave a comment

Posted by on 13/12/2015 in Utama

 
Video

Usir Jin dan Syaitan dari rumah anda.

Video ini adalah video mengenai Ustaz Sharhan mengajar kita bagi menghalau Jin dan Syaitan dari rumah kita. Sama-sama kita amalkan, InsyaAllah.

 
Leave a comment

Posted by on 01/03/2014 in Utama

 

Tags: , , , , ,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435h

السلام عليكم

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan untuk bernafas dihari yang mulia ini iaitu Maulidur Rasul s.a.w. Sama-samalah kita menghayatinya dengan melakukan amalan-amalan yang mulia yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita sayang baginda, maka sudah barang pastinya kita ikuti sunnah-sunnahnya. Sesungguhnya segala amalan baginda adalah amalan yang mulia yang membawa kita ke jalan Allah dan ke jalan kita menjadi hamba Allah yang mulia.

Serendah-rendah amalan yang boleh kita lakukan ialah memberi senyuman. Senyuman itu adalah pahala.

Wassalam… Salam Maulidur Rasul…

 
Leave a comment

Posted by on 14/01/2014 in Utama

 
Image

MPSI 85/87

MPSI 85/87

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

 
Leave a comment

Posted by on 10/12/2013 in Utama

 

Sambutan Hari Raya BTPN Johor

Jemputan

SELAMAT HARI RAYA

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 pada:

Tarikh : 23 Ogos, 2013 (Juma’at)

Jam : 8.00 malam.

Tempat : Dewan BTPN Johor.

Semua warga BTPN dan PKG Johor berserta keluarga dijemput hadir bersama memeriahkan majlis tersebut.

Setiap daerah akan menunjukkan persembahan-persembahan yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung.

 
Leave a comment

Posted by on 20/08/2013 in Utama

 

Tags: , , , ,

Selamat berpuasa

puasa

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA

Semoga

anda diberi kekuatan iman, kesihatan dan ketaatan dalam menunaikan ibadah puasa tahun ini.

 
Leave a comment

Posted by on 02/07/2013 in Utama

 

Ibadah Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 02/07/2013 in Puasa

 

Tags: , , , ,

Perjalanan Roh Selepas Kematian

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa’ bin Aazib RA berkata: “Kami bersama Nabi Muhammad SAW keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad SAW duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian baginda SAW mengangkat kepala sambil bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.” Nabi Muhammad SAW mengulangi sebanyak 3 kali.”

Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: “Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah SWT dan ridhaNya.”

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 07/06/2013 in Utama

 
Image

MAULUD NABI s.a.w.

2013-01-23-22-07-10-513824494

 
Leave a comment

Posted by on 23/01/2013 in Utama