RSS

Monthly Archives: January 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435h

السلام عليكم

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan untuk bernafas dihari yang mulia ini iaitu Maulidur Rasul s.a.w. Sama-samalah kita menghayatinya dengan melakukan amalan-amalan yang mulia yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita sayang baginda, maka sudah barang pastinya kita ikuti sunnah-sunnahnya. Sesungguhnya segala amalan baginda adalah amalan yang mulia yang membawa kita ke jalan Allah dan ke jalan kita menjadi hamba Allah yang mulia.

Serendah-rendah amalan yang boleh kita lakukan ialah memberi senyuman. Senyuman itu adalah pahala.

Wassalam… Salam Maulidur Rasul…

 
Leave a comment

Posted by on 14/01/2014 in Utama