RSS

Aku graduan

13 Dec

7-PelawakAlhamdulillah, kini aku bergelar graduan. Dalam usia 49 tahun, aku baru mendapat gelaran ini. Tidak sia-sia usahaku selama ini walaupun menghadapi pelbagai ritangan dan halangan.

Aku bermula dengan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) pada tahun 1985 hingga 1987 dalam pengkhususan Pendidikan Sekolah Rendah/Pengajian Melayu. Setelah itu aku ditempatkan mengajar di SRK Betanak, Daro, Sarawak sehingga November, 1992. Disember 1992 aku ditempatkan di SK Kampung Seri Ma’amor, Tangkak, Johor.

Niatku untuk melanjutkan pelajar terdetik semula dan mengambil jurusan Bimbingan dan Kaunseling, di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor (kini Institut Perguruan Temenggung Ibrahim) pada 1994 selama 14 minggu. Peluangku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, kini terbuka luas. Aku cuba memohon melanjutkan pelajaran dalam bidang sama di Universiti Pertanian Malaysia (kini Unitversiti Putra Malaysia), namun permohonan aku gagal.

BM1Setelah bertahun menemui kegagalan dalam permohonanku, akhirnya pada tahun 2008, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam pengkhususan Pendidikan Kesusteraan dan Sians Politik secara Pendidikan Jarak Jauh. Namun hajat untuk kekal terus belajar terbantut apabila di tahun kedua aku terpaksa berhenti apabila anak-anakku hendak melanjutkan pelajaran ke IPT. Masalah kewangan menjadi penghalang. Keutamaan untuk anak-anakku.

Namun begitu, Allah maha pemurah. Rezeki aku untuk belajar masih ada. Program Pensiswazah Guru dibuka dengnan tajaan biasiswa oleh kerajaan. Aku mohon. Berjaya dan diterima belajar pada 6 Jun, 2011 di Instutut Pendidikan Guru Kampus Perampuan Melayu Melaka dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

7 pelawakAkhirnya pada 9 Disember, 2015 saat-saat yang aku nantikan tiba. Konvokesyen graduan IPG Malaysai diadakan di MAEPS, Serdang. Dengan rasa bangganya aku melangkah ke pentas dan mengambil ijazahku. Titisan airmataku tidak dapat aku tampung lagi apabila teringatkan almarhum ayahandaku yang mahukan aku bergelar geraduan. Kalaulah dia ada melihat, pastinya dia akan rasa bangga kerana anaknya ini yang dulunya amat nakal, telah berjaya mencapai ke tahap ini.

Aku hanya mampu berdoa dan memohon dengan Allah, “Ya Allah ya tuhanku, Kau sampaikan salamku ini kepada ayahandaku, salam kejayaanku ini agar dia berbangga dan suka melihat kejayaan anaknya ini. Amin yarabbal ‘alamin.”

keluargakuKepada keluargaku semua, khususnya ibuku, Hjh Zainah Sulaiman, isteriku Rokiah Mas, anak-anakku, dan adik-beradikku, diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan doa kalian hingga aku mencapai kejayaan ini.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 13/12/2015 in Utama

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: