RSS

Monthly Archives: February 2011

KHASIAT BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM.

Di antara khasiat ialah:

  1. Barang siapa membacanya 21 kali ketika hendak tidur, maka ia aman dari syaitan, kecurain, maut mendadak dan bala.
  2. Barang siapa membacanya setika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya.
  3. Barangsiapa membacanya 41 kali pada telinga orang pengsan, maka ia akan segera siuman.
  4. Barangsiapa membacanya 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad 100 kali pada hari Ahad di saat matahari terbit dengan menghadap kiblat maka Allah memberi rezeki tanpa diduga bersamaan afdhal dan kemurahan Allah Taala.
  5. Barangsiapa membacanya 786 kali ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama 7 hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebebalannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.
  6. Barangsiapa membacanya 50 kali di hadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka ia akan tunduk atau ketakutan.
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 27/02/2011 in Utama

 

Kelahiran Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

 
Leave a comment

Posted by on 14/02/2011 in Utama

 

Tags:

WASIAT RASULULLAH

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

>Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

 
Leave a comment

Posted by on 10/02/2011 in Utama

 

Tags:

PENGERTIAN MAULIDUR RASUL S.A.W.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

dipetik dari http://efazan.wordpress.com/2010/02/25/pengertian-maulidur-rasul-muhammad-s-a-w/

 
Leave a comment

Posted by on 09/02/2011 in Utama

 

Tags:

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

 
1 Comment

Posted by on 08/02/2011 in Utama