RSS

Tag Archives: islam

Sambutan Hari Raya BTPN Johor

Jemputan

SELAMAT HARI RAYA

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 pada:

Tarikh : 23 Ogos, 2013 (Juma’at)

Jam : 8.00 malam.

Tempat : Dewan BTPN Johor.

Semua warga BTPN dan PKG Johor berserta keluarga dijemput hadir bersama memeriahkan majlis tersebut.

Setiap daerah akan menunjukkan persembahan-persembahan yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung.

 
Leave a comment

Posted by on 20/08/2013 in Utama

 

Tags: , , , ,

Ibadah Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 02/07/2013 in Puasa

 

Tags: , , , ,