RSS

Monthly Archives: October 2012

Kelebihan Ibadah Korban.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan “. (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: “Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu”. (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?”. Rasulullah menjawab: “Itulah sunnah ayahmu Ibrahim”. Para sahabat kembali bertanya: “Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?”. Rasulullah menjawab lagi: “Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan”. (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

 
Leave a comment

Posted by on 18/10/2012 in Utama

 

DOA HARIAN DAN PENGERTIANNYA

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta’ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Selanjutnya layari http://doaharian.blogspot.com/

 
Leave a comment

Posted by on 18/10/2012 in Utama

 

Tags: , , ,

ANAKKU DAN PMR.

Dengan lafaz bismillah hir rahman nir rahim, papa doakan
1. Aby diterangkan hati.
2. Aby dipermudahkan untuk menjawab sepanjang peperiksaan.
3. Aby diberikan kesihatan.
4. Aby lulus dengan cemerlang.
Dalam Peperiksaan Menengah Rendah.

 
Leave a comment

Posted by on 09/10/2012 in Utama

 

Tags: ,

SURAU AT-TA’ZIM MELANTIK AJK BARU SESI 2013/2015

Badan Jamiatul-Khairat, Surau at-Ta’zim, Taman Tangkak 2 telah mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 4 Oktober, 2012 (Khamis). Dalam mesyuarat tersebut lantikan AJK yang baru telah dijalankan. Tuan Hj Esa bin Muhammad telah mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi. Sementara Tn Hj Ithnin bin Yusof, turut mengekalkan jawatannya sebagai Naib Pengerusi.

 
Leave a comment

Posted by on 07/10/2012 in Utama

 

Tags: